Pilih bila nak khatam. Ikat bacaan dengan waktu solat. Baca terus dalam mushaf Madinah lengkap dengan audio dan terjemahan, dan khatam bersama keluarga.
Bukan sebab tak mahu. Selalunya sebab tiada rancangan yang sesuai dengan rutin harian.
Kerja, anak, urusan rumah. Bila nak tunggu masa lapang yang panjang, ia tak pernah tiba.
Tertinggal dua tiga hari, beban rasa bertimbun, akhirnya berhenti terus.
Mushaf di rak, aplikasi berselerak, tiada siapa yang ingatkan atau beri semangat.
Tak perlu daftar akaun untuk mula. Terus rancang dan baca.
30 hari, 60 hari, sebelum Ramadan, atau tarikh sendiri. Mula dari awal atau sambung dari halaman terakhir.
Pilih waktu bacaan lepas Subuh, Zohor, Asar, Maghrib atau Isyak. Sasaran harian dibahagi rata ke setiap waktu.
Buka mushaf dalam app, dengar bacaan qari, kemudian tekan "selesai". Progres, streak dan juz dikira sendiri.
Gerakkan untuk lihat. Ramai terkejut, rupanya cuma beberapa minit selepas setiap solat.
Rancang, baca, dengar, faham, dan khatam bersama. Tak perlu lompat antara banyak aplikasi.
Susun atur 15 baris sama seperti mushaf cetak. Halaman, baris dan hujung ayat di tempat yang anda biasa lihat.
Alafasy, Abdul Basit, Al-Husary dan As-Sudais. Ayat yang sedang dibaca disorot, dan audio bersambung ke halaman seterusnya.
Ketik mana-mana ayat untuk terjemahan Abdullah Muhammad Basmeih, atau tukar ke paparan ayat demi ayat.
Sasaran harian dikira semula setiap hari daripada baki halaman, jadi anda masih sempat khatam tanpa rasa terbeban.
Automatik setiap hariSatu ketik untuk masukkan waktu bacaan ke Google Calendar atau kalendar iPhone. Berbunyi walaupun app tertutup.
Lihat hari berturut, peta bacaan 28 hari, kiraan khatam, dan tanda ayat kegemaran untuk dibuka semula.
Cipta kumpulan untuk keluarga, usrah atau rakan sepejabat. Kongsi satu pautan di WhatsApp, dan setiap orang ambil juz masing-masing.
Ya, percuma sepenuhnya dan tiada iklan. Ia inisiatif Celik Quran untuk membantu lebih ramai istiqamah membaca Al-Quran.
Tidak. Anda boleh terus merancang dan membaca. Akaun hanya perlu jika anda mahu simpan progres supaya tak hilang bila tukar telefon, atau untuk sertai Khatam Circle.
Mushaf Madinah rasm Uthmani 604 halaman (riwayat Hafs), susun atur yang sama dengan kebanyakan mushaf di Malaysia. Teks dan fon datang daripada Quran.com berdasarkan cetakan Kompleks Raja Fahd (KFGQPC).
Boleh. Masukkan sahaja halaman terakhir yang anda baca, dan progres dikira sama seperti membaca dalam app.
Boleh. Pasang app di skrin utama telefon. Halaman yang pernah dibuka akan disimpan dan boleh dibaca tanpa internet. Audio perlukan internet.
Anda masukkan waktu bacaan ke kalendar telefon (Google Calendar atau kalendar iPhone) dengan satu ketik. Kalendar akan berbunyi setiap hari sampai tarikh khatam, walaupun app ini tertutup.
Tanpa akaun, data hanya ada dalam telefon anda. Dengan akaun, kata laluan disimpan dalam bentuk disulitkan dan data bacaan hanya dilihat oleh anda, kecuali progres ringkas (peratus, streak) yang dikongsi dengan ahli kumpulan yang anda sertai.
"Amalan yang paling dicintai Allah ialah yang berterusan walaupun sedikit." (HR Bukhari dan Muslim)